I'll sit and wonder of every love that could've been,
if I'd only thought of something charming to say.
Lagu yang terbaek ialah lagu yang kita boleh hubungkaitkan dengan hidup kita, tidak kiralah secara lirikal, muzikal, atau kedua-duanya.
Kadang-kadang, ada beberapa momen dalam hidup aku boleh dikaitkan dengan 2 baris lirik lagu Death Cab for Cutie di atas.
Contohnya, ketika aku menghadiri program assessment di sebuah lokasi di pantai timur tempoh hari. Sedang waktu berehat, aku berdiri di sekitar pagar hadapan pusat assessment terbabit. Dan sepanjang itu juga mata aku tertumpu kepada seorang gadis yang juga salah seorang peserta assessment, berdiri tidak berganjak berhampiran pondok pengawal, sambil matanya tertumpu pada telefon bimbit di tangan.
Bertudung merah jambu, berseluar trek hitam, berkasut merah terang - details yang lain aku sudah tidak ingat. Tapi raut wajahnya masih disimpan dalam kotak memori. Cuma menunggu masa saja untuk hilang. Mata yang sedikit sepet, hidung yang tidak terlalu penyek, pipi yang agak chubby, badan yang cukup gebu - memang menepati salah satu citarasa gadis kegemaran aku (serius, aku ada banyak ciri-ciri gadis kegemaran).
Kemudian selepas beberapa ketika dia berdiri di situ, dia melangkah ke arah tempat meletak kereta, dan sejurus selepas itu dia keluar memandu sebuah Myvi hitam bersama 2 orang lagi rakannya. Dem son.
Tetapi ketika aktiviti berlari sejauh 2.4 km petang itu berlangsung, satu situasi yang tidak terjangka telah berlaku. Aku sedang berlari dan berlari, dan tanpa aku sedari, aku semakin menghampiri si gadis tadi dari belakang. Tanpa mengendahkan beliau, aku teruskan larian dengan nafas yang semput-semput dan memecut beliau. Tidak sampai 50 meter aku memecut, tiba-tiba beliau memotong kembali.
"Aih, ini tak boleh jadi," getus hatiku. Namun aku tetap teruskan larian dengan langkah yang tidak terlalu laju. Dari jauh aku melihat beliau sudah terhenti lariannya, dan berjalan saja. Lalu aku memecut kembali. "Yes!", aku gembira sendirian dalam hati.
Namun kegembiraan aku tidak lama. Beliau kembali berlari dan memecut semula. Proses ini berulang buat beberapa kali sebelum akhirnya aku terus mengalah dan biarkan saja dia di depan. Lagipun aku sudah terlalu pancit ketika itu. Bunyi bernafas pun dah macam orang menjerit. Apa cerita kan?
Anyway, selepas berlari, kami perlu menghadapi modul 'public speaking'. Ketika giliran aku sedang menyorok di balik pokok mempersiapkan diri selama 5 minit untuk memikirkan apa yang perlu dikata, aku ternampak gadis tadi sedang berjalan ke arah aku. Aku berdebar cemas. Fuh. Memang comel gadis ni. Dia semakin hampir.. dan hampir... dan...
Aku tidak dapat menahan lagi. Lalu aku lontarkan secebis senyuman kepadanya. Dan tak semena-mena, dia membalas kembali senyuman itu!
Ah! Kamu sangat manis!
Dan itulah kali terakhir aku dapat melihatnya. Sepanjang malam selepas program itu tamat aku cuma mampu duduk dan terkenangkan wajah beliau sambil dipenuhi rasa regret mengapa aku tidak ada keberanian untuk menegur dan meminta nombor telefon beliau.
Lagu yang terbaek ialah lagu yang kita boleh hubungkaitkan
dengan hidup kita, tidak kiralah secara lirikal, muzikal, atau
kedua-duanya. Dalam situasi aku sekarang, secara lirikal, memang ada hubungkait yang sangat rapat.
Recent Comments