awal pagi Sabtu yang lalu, sekitar jam 2:20 pagi, ketika saya dalam perjalanan ke Kluang untuk bekerja mengambil gambar, saya dikejutkan dengan berita kepergian idola fotografi saya, Taufiq Shariff. saya tergamam. sepanjang perjalanan saya terdiam, kelu.
saya putar kembali litar masa di dalam otak saya. seingat saya, beliau memang sudah menjadi idola saya seawal saya baru belajar membaca manual kamera. saya masih ingat lagi ketika itu, kerajinan saya menekan-nekan link di blog beliau dari satu muka ke muka yang berikutnya. saya kagum dengan bakat beliau. saya teliti satu persatu hasil kerja beliau. beliau masih lagi menuntut di Jerman ketika itu.
baru-baru ini, sebelum beliau mula sakit, saya kerap berbalas tweet dengan beliau. beliau memang seorang yang merendah diri dan lucu dengan sarkasm beliau. kebetulan gepren beliau adalah kakak kepada rakan sekolah saya. beliau pernah memberi hint, bahawa jika saya mengorat rakan sekolah saya itu, "kita boleh bersaudara!", katanya. he was funny like that.
pada mulanya beliau mengadu mengalami sakit dada dan sukar untuk tidur dan ketika itu beliau telah dimasukkan ke dalam wad. dan kami masih lagi berbalas tweet. saya kata pada beliau, semoga cepat sembuh dan beliau berterima kaseh. rupanya itu antara tweet terakhir dari beliau untuk saya, dan saya juga antara orang terakhir yang sempat beliau balas tweet. sebelum beliau didiagnos mengalami tumor otak & kanser. perkara terakhir yang saya tahu, beliau sudah menghembuskan nafas terakhir.
beliau dan saya diupah oleh seorang klien yang sama untuk mengambil gambar perkahwinan klien tersebut pada hujung bulan depan. i've been looking forward for that day since.. forever. sekarang, saya terkilan teramat sangat. betul lah, kita merancang, Tuhan menentukan.
terima kaseh atas inspirasi yang kau berikan selama ini. terima kaseh. kau telah menyentuh hati ramai orang dengan hasil kerja kau. aku akan doakan kau selalu. Tuhan lebih sayangkan kau, bro. dan aku tak boleh menafikan cinta Tuhan kepada hamba-Nya. semoga kau tenang di sana dan ditempatkan bersama orang beriman. aku janji akan cuba teruskan legasi kau sedaya upaya.
Al-Fatihah.
View his valuable works here: http://taufiqshariff.blogspot.com
Thank u so much Eman, especially your tweets during his final days. He was funny n kind.. not to mention very talented. He made me so happy. I'm sorry u didn't get the chance to take pictures with him. Yes, Allah loves him more. Its a surprising news to all of us. May his soul be bless by Allah n be put among the best. insyaAllah. Amin. Thanks :')
Posted by: Shedotnet | 10/29/2010 at 02:22 PM