Rasanya aku terlihat tahi bintang malam tadi.
Ya, aku yakin itu tahi bintang, kerna ia laju menjunam lalu hilang secara tiba-tiba.
Atau mungkin juga itu UFO. Entahlah.
Dan di saat itu aku teringat mitos barat yang mengatakan sebarang permintaan yang dibuat ketika melihat tahi bintang jatuh akan menjadi benar. Well, aku tidaklah percaya benda-benda sebegitu.
Malah kalau aku percaya pun, sudah terlambat juga kerna ia sudah hilang.
Haha.
...
Aku rasa kebelakangan ini, skill atau kebolehan aku untuk bertutur secara lisan semakin merosot. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan Twitter, apa saja yang terlintas di fikiran akan terus saja aku sampaikan di Twitter, membuatkan aku kehilangan idea untuk berborak dan bertanggapan bahawa rakan-rakan aku akan membaca setiap tweet aku.
Sampaikan idea untuk menulis di blog ini pun semakin kering, gara-gara terlalu kerap micro-blogging di Twitter. Hadoi!
Lebih teruk lagi apabila aku memandu, dan ada penumpang lain di dalam kereta, dan aku tiada isi untuk dibualkan. Sangat menyedihkan. Perasaan okwed (awkward) sahaja membisu tanpa bunyi.
Dan yang terpaling teruk, apabila penumpang itu sendiri adalah perempuan yang kau mahu pikat hatinya. Rasa nak tampar diri sendiri kuat-kuat dan selaju yang boleh. Kau fikir mudah ke nak kumpul semua karej (courage) untuk mengajak dia keluar, dan kau endedap (ended up) tidak mampu bertutur sepatah kata langsung ketika si dia duduk di sebelah kau sepanjang perjalanan pulang.
Oh, man. That's just pathetic, man.
Dah. Baik aku pergi tweet. Ops, silap. Maksud aku, baik aku pergi tidur.
Recent Comments